Untuk bisnes di Malaysia
Pelanggan tanya di WhatsApp. AI anda jawab dalam beberapa saat.
2ndU menjawab pertanyaan pelanggan dengan harga dan stok sebenar, follow up lead yang senyap, dan sediakan sebut harga serta e-invois — semuanya menunggu kelulusan anda sebelum dihantar.
Siap dalam 48 jam · Tiada yuran pemasangan · Tiada kontrak mengikat
Masalah biasa
Setiap pertanyaan yang tak berjawab adalah jualan yang pergi ke kedai sebelah.
Pelanggan tanya, tiada siapa jawab
“Berapa harga?” masuk pukul 10 malam. Bila anda balas esok pagi, dia dah beli di kedai yang jawab malam tadi.
Lead senyap, tiada follow up
Dah bagi harga, pelanggan kata “nanti saya fikir” — dan tiada siapa tanya balik. Duit iklan yang bawa lead tu hangus begitu sahaja.
Satu telefon, semua orang pegang
Staf berkongsi satu WhatsApp: mesej tertinggal, janji tak direkod, dan bos tak nampak apa yang berlaku.
Cara ia berfungsi
Prinsip yang sama pada setiap ciri: AI buat kerja, anda yang buat keputusan.
Jawab dalam beberapa saat
Harga, stok dan pakej diambil daripada senarai yang anda luluskan — AI tidak akan reka harga atau janji yang anda tak tawarkan.
Follow up automatik
Lead yang senyap disusuli pada kadar yang natural. Bila pelanggan dah panas, anda yang ambil alih untuk close.
Anda yang luluskan semuanya
Sebut harga, invois, bayaran — AI hanya sediakan draf. Tiada apa-apa dihantar kepada pelanggan tanpa kelulusan anda.
E-invois LHDN tersedia
Invois disahkan melalui MyInvois LHDN secara terus. Rekod jualan dan pelanggan tersimpan kemas dalam satu sistem.
Soalan lazim
Adakah AI ini akan reka harga atau janji yang saya tak tawarkan?
Tidak. Harga, stok dan pakej diambil daripada senarai yang anda luluskan. Jika soalan di luar apa yang ia tahu, AI akan beritahu pelanggan bahawa staf akan menyusul dan menandakan chat itu untuk anda — bukan meneka.
Berapa lama untuk mula guna?
Kebiasaannya 48 jam selepas anda hantar senarai harga dan soalan lazim pelanggan. Sambungan teknikal ambil masa beberapa minit; selebihnya adalah anda meluluskan jawapan yang AI boleh beri.
Adakah nombor WhatsApp saya akan kena ban?
2ndU menyokong WhatsApp Business API rasmi daripada Meta, dan itulah sambungan yang kami syorkan. AI ini membalas pelanggan yang mesej anda dahulu, tanpa blast beramai-ramai dan tanpa senarai nombor yang dikutip. Anda boleh kekalkan nombor sedia ada dan terus guna aplikasi WhatsApp Business di telefon anda.
Ada yuran pemasangan atau kontrak?
Tiada yuran pemasangan dan tiada kontrak mengikat. Anda boleh berhenti bila-bila masa, dan data pelanggan anda boleh dieksport atau dipadam atas permintaan.
Jom borak pasal bisnes anda
Pilih cara yang paling mudah untuk anda. Data anda kekal milik anda.
